Pada 16 Oktober 2012 , jurulatih dan staf Kem PLKN Wawasan telah mengadakan aktiviti Hiking di hutan simpan yang terdapat di belakang kawasan kem. Selain dari menguji tahap kecergasan fizikal, aktiviti ini adalah salah satu mekanisma untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jurulatih dan staf. Aktiviti yang dirancang oleh Tuan Komandan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas dari Cikgu John Baptist dan kemudiannya diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Faizal dan tepat jam 8.30 pagi perjalanan dimulakan.
| Antara halangan yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasi.
|
Selepas 2 jam perjalanan termasuk mendaki bukit dan menyelusuri anak sungai, akhirnya kami sampai ke destinasi. Lantas masing-masing membuka bekalan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Dengan suasana yang tenang, deruman air sungai yang mengalir serta keadaan persekitaran yang hijau menghilangkan sedikit ketegangan dan merehatkan minda.
Salah seorang jurulatih sedang membakar ikan.
Berehat seketika sambil menjamu selera.
Air terjun yang sejuk dan nyaman menyegarkan tubuh badan setelah penat berjalan.
Selepas satu jam berehat menghilang penat dan dahaga, seterusnya tibalah masa untuk bergerak pulang. Perjalanan pulang melalui laluan yang berlainan dan mencabar kerana peserta perlu mendaki bukit dan menuruni lembah yang agak curam dan bersemak samun. Akhirnya tepat jam 12 tengah hari kesemua jurulatih dan staf telah sampai ke kem dengan perasaan ceria dan gembira tanpa sebarang kecederaan.
Perlu mendaki bukit sebelum sampai ke kem.
Walaupun penat, jurulatih dan staf masih mengukirkan senyuman.
Bergambar kenangan meraikan kejayaan.

No comments:
Post a Comment