Pada 5
Oktober 2012 yang lalu, telah berlangsung Audit Pematuhan ISO di Kem PLKN
Wawasan, Papar, Sabah. Audit dilakukan oleh En. Mohd Ramli bin Mohd Daud dari
Lloyds diiringi En.Masniyamin bin Mustapha dan En. Raja Iskandar dari JLKN.
Audit yang dilakukan selama satu hari merangkumi sesi taklimat pembukaan,
lawatan ke sekitar kem, semakan dokumen, sesi temuramah dan taklimat penutup.
Audit
pematuhan diakhiri dengan sesi taklimat penutup yang diadakan di Bilik
Mesyuarat Kem PLKN Wawasan. Semasa sesi taklimat berlangsung, auditor iaitu
En. Mohd Ramli menyampaikan hasil penemuan beliau semasa audit dijalankan serta
sesi soal jawab. Segala teguran diambil secara positif dan tindakan pembetulan
akan diambil supaya ianya tidak akan berlaku dimasa akan datang.
Ucapan pembukaan dari Tuan Komandan semasa sesi taklimat penutup.
Auditor menyampaikan penemuan beliau semasa audit berlangsung.
Harapan semoga jurulatih dan staf pengurusan Kem
PLKN Wawasan dapat membudayakan ISO dalam tugasan harian masing-masing. Selain
itu juga tindakan proaktif perlu diambil secara menyeluruh supaya perlaksanaan
ISO tercapai dan berkesan.










No comments:
Post a Comment