Thursday, October 18, 2012

Ekspedisi Air Terjun Staf dan Jurulatih Kem Wawasan

Pada 16 Oktober 2012 , jurulatih dan staf Kem PLKN Wawasan telah mengadakan aktiviti Hiking di hutan simpan yang terdapat di belakang kawasan kem. Selain dari menguji tahap kecergasan fizikal, aktiviti ini adalah salah satu mekanisma untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jurulatih dan staf. Aktiviti yang dirancang oleh Tuan Komandan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas dari Cikgu John Baptist dan kemudiannya diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Faizal dan tepat jam 8.30 pagi perjalanan dimulakan.
 
Antara halangan yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasi.

 
 
 

 Selepas 2 jam perjalanan termasuk mendaki bukit dan menyelusuri anak sungai, akhirnya kami sampai ke destinasi. Lantas masing-masing membuka bekalan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Dengan suasana yang tenang, deruman air sungai yang mengalir serta keadaan persekitaran yang hijau menghilangkan sedikit ketegangan dan merehatkan minda.
 
Salah seorang jurulatih sedang membakar ikan.
 
Berehat seketika sambil menjamu selera.
 

Air terjun yang sejuk dan nyaman menyegarkan tubuh badan setelah penat berjalan.
 
Selepas satu jam berehat menghilang penat dan dahaga, seterusnya tibalah masa untuk bergerak pulang. Perjalanan pulang melalui laluan yang berlainan dan mencabar kerana peserta perlu mendaki bukit dan menuruni lembah yang agak curam dan bersemak samun. Akhirnya tepat jam 12 tengah hari kesemua jurulatih dan staf telah sampai ke kem dengan perasaan ceria dan gembira tanpa sebarang kecederaan.
 
 
Perlu mendaki bukit sebelum sampai ke kem.
 
Walaupun penat, jurulatih dan staf masih mengukirkan senyuman.
 
Bergambar kenangan meraikan kejayaan.

 
 

Monday, October 15, 2012

Audit Pematuhan ISO oleh Lloyds




Pada 5 Oktober 2012 yang lalu, telah berlangsung Audit Pematuhan ISO di Kem PLKN Wawasan, Papar, Sabah. Audit dilakukan oleh En. Mohd Ramli bin Mohd Daud dari Lloyds diiringi En.Masniyamin bin Mustapha dan En. Raja Iskandar dari JLKN. Audit yang dilakukan selama satu hari merangkumi sesi taklimat pembukaan, lawatan ke sekitar kem, semakan dokumen, sesi temuramah dan taklimat penutup.
 
Taklimat pembukaan disampaikan oleh Lt Kdr Shahrulrazif Che At TLDM,
Komandan Kem PLKN Wawasan.

 
 
Jurulatih dan staf tekun mendengar taklimat.
 
 
Auditor En. Ramli menyampaikan ucapan.

 
Selepas mendapat persijilan MS ISO 9001:2008 dari Lloyds, audit pematuhan dilaksanakan untuk memastikan segala proses kerja dipatuhi dan penambahbaikan dilakukan secara berterusan supaya tindakan pencegahan dapat diambil. Disamping itu juga kefahaman terhadap Dasar Kualiti JLKN turut dititik beratkan dalam usaha untuk memastikan Visi dan Misi JLKN tercapai.

 
Semakan dokumen di Stor Logistik.
 
 
Ketua Jurulatih Fizikal, En. Hamidi Harun ditemurah oleh Auditor.
 
 
Kad Kesihatan Pekerja diperiksa oleh auditor sambil diperhatikan oleh Tuan Komandan.
 
 
Cikgu Suhaini Laside dan Cikgu Haslizah Rajak, jurulatih Multiskill menjawab pertanyaan Auditor.
 
 
 Pelatih juga ditemuramah semasa audit dijalankan.
 
 
Auditor menyemak dokumen sambil menemuramah jurulatih.
 
Audit pematuhan diakhiri dengan sesi taklimat penutup yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kem PLKN Wawasan. Semasa sesi taklimat berlangsung, auditor iaitu En. Mohd Ramli menyampaikan hasil penemuan beliau semasa audit dijalankan serta sesi soal jawab. Segala teguran diambil secara positif dan tindakan pembetulan akan diambil supaya ianya tidak akan berlaku dimasa akan datang.
 
Ucapan pembukaan dari Tuan Komandan semasa sesi taklimat penutup.
 
 
Auditor menyampaikan penemuan beliau semasa audit berlangsung.
 

Harapan semoga jurulatih dan staf pengurusan Kem PLKN Wawasan dapat membudayakan ISO dalam tugasan harian masing-masing. Selain itu juga tindakan proaktif perlu diambil secara menyeluruh supaya perlaksanaan ISO tercapai dan berkesan.